Archive for November, 2007

assalamualaikum,,,,

Sunday, November 18th, 2007

1st n 4most,,,buat kengkawan yg ade review my page,,,jika ada terkasar bahasa…tersalah tutur kata,,,saya mohon maaf dari awal perkenalan sehinggalah akhir hayat saya….

tahukah anda…………….

Sunday, November 18th, 2007

Tahukah anda…? (Part II)

FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang
bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh……. ….Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena…….Tak normla la korang maknanya

BURUNG APER….??????????

Tuesday, November 13th, 2007

Burung Apa? Burung Muraiii

1979

Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! (Sibapak tampor)

Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! Udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua… tak baik!!!!

………………………………………………

2007

Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer? Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam ngko selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni Allah Taala kasi clear sampai sekarang!

HERMMMMM

Tuesday, November 13th, 2007

Datang Lambat

Cikgu Aiman hairan kenapa Aiman datang lambat hari tu.. "Aiman kenapa datang lambat?"
"Kerana papan tanda cikgu" jawab Aiman. "
"Apa hal pulak dgn papan tanda tu?" tanya cikgunya lagi.
AWAS SEKOLAH DI HADAPAN, PERLAHAN-LAHAN

aku pelik knp kadang2 aku malas smbhyg……

Tuesday, November 6th, 2007

Senjata untuk menjadikan umat Islam mencapai
kemenangan di dunia zahir yg sempit ini adalah BAIKI DIRI,
SEMBAHYANG AWAL WAKTU, DAN BERJEMAAH
kerana berjemaah itu hukumnya WAJIB.

Hakikatnya, kini…kehadiran hati dan Roh sembahyang sudah
pupus dari hati2 umat. Roh Al Quran dan sunnah
sudah tinggal kenangan. Rasulullah SAW sudah mengingatkan
dalam hadis2 bahawa kekhusyukan umat dalam solat
akan pupus pada akhir zaman.

Umat Islam yg sedar perkara ini pun tidak berapa
serius untuk mengembalikan roh solat itu pada
diri masing2. Sembahyang dilakukan dengan penuh malas,,
kadang2 penuh benci….malah begitu ramai yg terus meninggalkannya.

Bagi yg bersolat,sembahyang sekarang hanya sekadar
ungkapan-ungkapan yang fungsinya
sudah tinggal kenangan..

APAKAH  ITU SEMBAHYANG?

Sembahyang itu simbol kerinduan, kecintaan, kemahabaikan, tanggungjawab dan belas
kasihan Tuhan kepada para insan Muslim ciptaanNya

Ia ialah pertemuan, perbincangan, pengaduan, harapan
dan jaminan Tuhan kepada hamba-hambaNya.

Ia satu projek agung antara hamba dengan TUHAN EMPUNYA ALAM
Dari situ manusia akan mendapat kekayaan paling asasi iaitu…
sifat TAQWA
Inilah harta HATI yg termahal, tidak senilai dengan kekayaan
seluruh isi bumi dan langit…

Sholat AWAL WAKTU

Sholat di awal waktu sangat dituntut. Untuk menjadikan sholat  itu sampai ke tahap membina peribadi agung, syarat-syarat batin mestilah dipenuhi, bermula dengan sholat di awal waktu. Langkah-langkah ini termasuk dalam usul fiqh yang bermaksud

“ Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan jalan-jalan ke arah kesempurnaannya juga wajib”

Walaupun syarat batin ini tidak diwajibkan secara hukum yang qat’i namun ianya perlu untuk mencapai kesempurnaan khusyuk. Sholat di awal waktu ini sungguh sulit dilakukan, jadi terpaksalah bermujahadah menanggung kesusahan nafsu yang lazim melambat-lambatkan solat.

Hadir di tempat solat lebih awal sebelum masuk waktu kira-kira 10 minit., sudah sedia berwudhu’. Datang awal melambangkan sifat seorang hamba, iaitu datang sebelum dipanggil

Duduk penuh tawadhuk.Koreksi, muhasabah diri dengan mengutuk, mencerca diri.Hinakan diri dihadapan Allah SWT. Anggap kita ini lemah, dungu, bodoh, dhaif, lalai, leka, biadap, kurang ajar dsb dan menanggung bergunung-gunung dosa di bahu kita, sebanyak butiran pasir di padang pasir, selalu derhaka sama ada disedari atau tidak.

Mengeluh dan merintihlah terhadap Allah SWT mengenai nasib diri kita di kubur – alam barzakh,  padang mahsyar, sirat….Rasakanlah bahawa tiada siapa yang dapat membantu dan menyelamatkan kita kecuali Allah jua. Rasakan saat kematian sangat hampir.

Rasailah pula betapa hebatnya Allah SWT itu yang Maha Agung, Maha Hebat, Maha Besar…Rasailah bahawa diri ini benar-benar di dalam genggaman Allah SWT….

Hadirnya hati lebih awal sebelum sembahyang akan memberi kesan di dalam solat. Ini akan lebih berkesan bila dilakukan secara istiqamah. Solat akan jadi sopan, lemah lembut tidak tergesa-gesa atau mahu cepat selesai.

SHOLAT BANGKAI
Solat yang tidak dijiwai atau tidak beserta kehadiran ROH sholat itu,  adalah umpama ‘solat bangkai’. Bangkai itu bagaimana sifatnya? Tidak merasa apa-apa. Jika  manusia istilahnya  mayat…yaitu jasad yang sudah ditinggalkan roh.

Bila manusia  mati nanti, jasad  yang dipuja dan dijaga serta  yang dibanggakan ini akan menjadi habuan ulat-ulat dan cacing-cacing  di dalam tanah, atau laut, bergantung di mana kuburan kita.

Roh senantiasa hidup dan berperasaan walau di alam lain. Yang mati menjadi bangkai hanyalah jasad.

Begitulah sholat bangkai yakni sholat yang  roh pelakunya sudah ‘mati’.Tiada memberi kesan kepada jiwa.

Cuba fikir, jika kita bila mencium perfume yang wangi, teruja deria rasa kita…terasa kemanisan haruman itu, bila terhidu bau busuk, kita akan terasa jijik dan mengerutkan muka. Bila mendapat nikmat kita gembira dan tersenyum , bila diuji dengan kesusahan kita berduka. Begitulah gelombang perasaan roh manusia, beralun-alun.

Tetapi apakah yang berlaku di dalam sholat? Tiada perasaan apa-apa…mahu cepat selesai sahaja. Itu seumpama mayat/bangkai bersholat. Dalam beberapa saat Al Fatihah itu roh sudah musafir ke serata tempat, di dalam rukuk dan sujud….fikiran sudah marayau-rayau  ke destinasi yang tidak sempat difikirkan ketika sebelum solat.

Sholat bangkai yang tidak dijiwai umpama mempersendakan Allah. Tahu,  takut berdosa meninggalkan sholat, tetapi bila bersolat dilakukan penuh jemu dan malas.Sholat bangkai ini tiada nilai di sisi Tuhan, malaikat yang sudah bersiap sedia mencatat bersedih atas solat bangkai kita ini. Sholat ini akan dilemparkan balik ke muka pelakunya, kerana bersolat tetapi seolah-olah bermain-main denganAllah

Jika kita lihat anak-anak yang kecil atau yang baru mumaiyyiz belajar solat di madrasah begitulah agaknya kita ini. Pada zahirnya anak-anak itu menjeling-jeling kawan di sebelahnya, menahan ketawa, atau masih menepuk- tampar jemaah sebelah dan melihat trafik yang lalu lalang. Sholat bangkai kita walaupun nampak tertib dan tidak bergerak-gerak, tetapi roh atau hati menusia yang bersholat  itu umpama masih bermain-main dengan Allah, buat tidak peduli dengan Allah.

Jadi..bagi kita yang masih bermujahadah untuk mendapatkan kehadiran hati di dalam solat, tentanglah nafsu dan mulailah dengan solat di awal waktu dengan bersedia lebih awal sebelum waktu sholat itu. Itu baru langkah permulaan dalam mujahadah untuk mengkhusyukkan solat.

62524502_65be8538b8_m.jpg

hot dealt

Tuesday, November 6th, 2007

Read out please … wallahhu`alam..

Assalamualaikum semua.

Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ade paparan ttg ayam
organic herba di usahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul Haja.
Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainol sahakan, bersih,
terkawal dan halal.

Saya kagumi insan ini, mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnye
memilih jalan berbakti kepada ummah.Terlalu mudah akidah umat islam di
Malaysia kini diperalat, kami sgt sedih. Matlamat kami sama, insyaallah.

Sungguh,teknologi menjadikan kita negara yg moden, teknologi juga akan
kemudiannye merosak byk perkara baik dlm tubuh kita.. yg akhirnye akan
merosak akidah. Kalau hendak dicerita, sgt panjang. Saya ringkaskan.

Wujud enzim khinzir dlm ayam diperakui setelah bbrp tahun buat research,
malah byk website yg ade maklumat ini,sy akan beri add nnt. Enzim khinzir
mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses menggemukkan ayam
(m’sia tidak akan buat label ) ,tp hasil dari kajian, protein dari khinzir,
antibiotik dan pelbagai lagi mampu menyuburkan ayam, cepat gemuk,lg berat
lagi cepat boleh jual,cepat dpt hasil.,maka suntikan, makanan ayam ade
campuran pelbagai yg sumbernya diragui. Thats y, dari telur hungga ia
menjadi  hidangan anda, ayam tidak perlu mengambil masa berbulan
bulan..ayam KFC cuma 28 hari,ayam daging mungkin 40 hari…sy tidak pasti.

Lately sibuk harga  ayam naik, sy come across pulak seorang pengusaha ayam
berbangsa china di Buletin Utama 2 mlm yg lalu,"harga ayam mesti mau naik
sikit, makanan ayam pun ssulah naik halga, itu UBAT ayam pun sudah naik
halga" …ubat ???.. tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya….anda
fikirkan, anda nilailah.Ayam kat malaysia ni sampai dah macam tak cukup
supply, harga semakin lama semakin naik, yg gemuknye pengusaha ayam cina
inilah.

Halal ke ayam daging? tidak mengapa jika anda pasti dan yakin ttg
kehalalannye, tambahan di Malaysia ade sykt besar yg melabelkan halal utk
ape pun jua produk ayamnye tetapi Taraf Halal itu, saya anggap ia hanye di
kategorikan utk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt
itu..even pernah masuk TV, tetapi cara ayam dibesarkan, di beri mkn makanan
yg bagaimana tidak mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan….anda fikir
bagaimana?

Sy pernah bertanye kpd Dr Zainol,government negara islam ini tak berbuat
ape ape ke? Dia jawab,it happens around the world nanee.its the
technology!!

Percaya atau tidak,sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ade enzim
khinzir, beliau menangis, after a long time of research, baru skrg
confirm!! Saya juga sgt sedih..sgt sgt sedeh. Bayangkan kotornye, hinanya
makanan yang kita mkn,makanan yg membentuk ‘kita’.

Ayam daging biasanya dlm 20 minutes kalau letak kat luar peti sejuk mesti
lalat dah datang, bau dia mak aaiiii… senang hanyir, kenapa? Ade certain
part part ayam ni daging dia punyelah padat  dan banyak kan…kenapa ye…?
fikir fikirkan.

Saya tidak berniat mempromosi ape ape, sy juga tiada share dlm biz Dr
Zainol,tapi saya seru,kepada sesiapa sahabat yg terbaca email ini,mungkin
skrng tiba masanye kita m engubah sumber pemakanan kita.. maafkan saya jika
terlambat bercerita, sy hanya manusia, kdg2 sy takut juga pandangan ikhlas
saya di salah erti. Pernah beberapa kali sy bercerita kpd kwn kwn, tapi
cerita sy di anggap seperti diada adakan, malah ade yg tak respon ape
ape,(bila pk pk kelakar pun ade, takkan benda dasyat mcm ni takde respon
ek…)jd sy berhenti bercerita seketika..maafkan sy terlambat memanjangkan
kepada kwn kwn..but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita.

Fwd this mail to your friends,kita ambillah tanggungjawab ini. insyaaallah
Allah berkati.

last mth pun article Ayam Organic ade keluar kat Berita Harian, full
page,kat dlm tu pun ade ttg enzim khinzir ini.

Anyway sy dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik ke
turun ke, lantokkkkkk le dia….Ayam organic jauh lebih sedap, manis n tak
byk daging, yg penting kita pasti ttg sumber pembesaran ayam ini.,
insyaallah.

TQ & Regards