aku pelik knp kadang2 aku malas smbhyg……

Senjata untuk menjadikan umat Islam mencapai
kemenangan di dunia zahir yg sempit ini adalah BAIKI DIRI,
SEMBAHYANG AWAL WAKTU, DAN BERJEMAAH
kerana berjemaah itu hukumnya WAJIB.

Hakikatnya, kini…kehadiran hati dan Roh sembahyang sudah
pupus dari hati2 umat. Roh Al Quran dan sunnah
sudah tinggal kenangan. Rasulullah SAW sudah mengingatkan
dalam hadis2 bahawa kekhusyukan umat dalam solat
akan pupus pada akhir zaman.

Umat Islam yg sedar perkara ini pun tidak berapa
serius untuk mengembalikan roh solat itu pada
diri masing2. Sembahyang dilakukan dengan penuh malas,,
kadang2 penuh benci….malah begitu ramai yg terus meninggalkannya.

Bagi yg bersolat,sembahyang sekarang hanya sekadar
ungkapan-ungkapan yang fungsinya
sudah tinggal kenangan..

APAKAH  ITU SEMBAHYANG?

Sembahyang itu simbol kerinduan, kecintaan, kemahabaikan, tanggungjawab dan belas
kasihan Tuhan kepada para insan Muslim ciptaanNya

Ia ialah pertemuan, perbincangan, pengaduan, harapan
dan jaminan Tuhan kepada hamba-hambaNya.

Ia satu projek agung antara hamba dengan TUHAN EMPUNYA ALAM
Dari situ manusia akan mendapat kekayaan paling asasi iaitu…
sifat TAQWA
Inilah harta HATI yg termahal, tidak senilai dengan kekayaan
seluruh isi bumi dan langit…

Sholat AWAL WAKTU

Sholat di awal waktu sangat dituntut. Untuk menjadikan sholat  itu sampai ke tahap membina peribadi agung, syarat-syarat batin mestilah dipenuhi, bermula dengan sholat di awal waktu. Langkah-langkah ini termasuk dalam usul fiqh yang bermaksud

“ Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan jalan-jalan ke arah kesempurnaannya juga wajib”

Walaupun syarat batin ini tidak diwajibkan secara hukum yang qat’i namun ianya perlu untuk mencapai kesempurnaan khusyuk. Sholat di awal waktu ini sungguh sulit dilakukan, jadi terpaksalah bermujahadah menanggung kesusahan nafsu yang lazim melambat-lambatkan solat.

Hadir di tempat solat lebih awal sebelum masuk waktu kira-kira 10 minit., sudah sedia berwudhu’. Datang awal melambangkan sifat seorang hamba, iaitu datang sebelum dipanggil

Duduk penuh tawadhuk.Koreksi, muhasabah diri dengan mengutuk, mencerca diri.Hinakan diri dihadapan Allah SWT. Anggap kita ini lemah, dungu, bodoh, dhaif, lalai, leka, biadap, kurang ajar dsb dan menanggung bergunung-gunung dosa di bahu kita, sebanyak butiran pasir di padang pasir, selalu derhaka sama ada disedari atau tidak.

Mengeluh dan merintihlah terhadap Allah SWT mengenai nasib diri kita di kubur – alam barzakh,  padang mahsyar, sirat….Rasakanlah bahawa tiada siapa yang dapat membantu dan menyelamatkan kita kecuali Allah jua. Rasakan saat kematian sangat hampir.

Rasailah pula betapa hebatnya Allah SWT itu yang Maha Agung, Maha Hebat, Maha Besar…Rasailah bahawa diri ini benar-benar di dalam genggaman Allah SWT….

Hadirnya hati lebih awal sebelum sembahyang akan memberi kesan di dalam solat. Ini akan lebih berkesan bila dilakukan secara istiqamah. Solat akan jadi sopan, lemah lembut tidak tergesa-gesa atau mahu cepat selesai.

SHOLAT BANGKAI
Solat yang tidak dijiwai atau tidak beserta kehadiran ROH sholat itu,  adalah umpama ‘solat bangkai’. Bangkai itu bagaimana sifatnya? Tidak merasa apa-apa. Jika  manusia istilahnya  mayat…yaitu jasad yang sudah ditinggalkan roh.

Bila manusia  mati nanti, jasad  yang dipuja dan dijaga serta  yang dibanggakan ini akan menjadi habuan ulat-ulat dan cacing-cacing  di dalam tanah, atau laut, bergantung di mana kuburan kita.

Roh senantiasa hidup dan berperasaan walau di alam lain. Yang mati menjadi bangkai hanyalah jasad.

Begitulah sholat bangkai yakni sholat yang  roh pelakunya sudah ‘mati’.Tiada memberi kesan kepada jiwa.

Cuba fikir, jika kita bila mencium perfume yang wangi, teruja deria rasa kita…terasa kemanisan haruman itu, bila terhidu bau busuk, kita akan terasa jijik dan mengerutkan muka. Bila mendapat nikmat kita gembira dan tersenyum , bila diuji dengan kesusahan kita berduka. Begitulah gelombang perasaan roh manusia, beralun-alun.

Tetapi apakah yang berlaku di dalam sholat? Tiada perasaan apa-apa…mahu cepat selesai sahaja. Itu seumpama mayat/bangkai bersholat. Dalam beberapa saat Al Fatihah itu roh sudah musafir ke serata tempat, di dalam rukuk dan sujud….fikiran sudah marayau-rayau  ke destinasi yang tidak sempat difikirkan ketika sebelum solat.

Sholat bangkai yang tidak dijiwai umpama mempersendakan Allah. Tahu,  takut berdosa meninggalkan sholat, tetapi bila bersolat dilakukan penuh jemu dan malas.Sholat bangkai ini tiada nilai di sisi Tuhan, malaikat yang sudah bersiap sedia mencatat bersedih atas solat bangkai kita ini. Sholat ini akan dilemparkan balik ke muka pelakunya, kerana bersolat tetapi seolah-olah bermain-main denganAllah

Jika kita lihat anak-anak yang kecil atau yang baru mumaiyyiz belajar solat di madrasah begitulah agaknya kita ini. Pada zahirnya anak-anak itu menjeling-jeling kawan di sebelahnya, menahan ketawa, atau masih menepuk- tampar jemaah sebelah dan melihat trafik yang lalu lalang. Sholat bangkai kita walaupun nampak tertib dan tidak bergerak-gerak, tetapi roh atau hati menusia yang bersholat  itu umpama masih bermain-main dengan Allah, buat tidak peduli dengan Allah.

Jadi..bagi kita yang masih bermujahadah untuk mendapatkan kehadiran hati di dalam solat, tentanglah nafsu dan mulailah dengan solat di awal waktu dengan bersedia lebih awal sebelum waktu sholat itu. Itu baru langkah permulaan dalam mujahadah untuk mengkhusyukkan solat.

62524502_65be8538b8_m.jpg

Leave a Reply